Salam... kepada pembaca-pembaca blog saya, harap-harap anda semua sihat dan sentiasa senyum selalu...hari ini saya ingin mempamerkan gambar yang sempat saya SNAP semasa saya dijemput hadir ke Majlis Cukur Jambul yang dibuat oleh pensyarah saya dahulu iaitu, Puan Hariyanti. Terima kasih kepada puan kerana percaya terhadap saya untuk menangkap detik-detik terindah sewaktu majlis tersebut. Walaupun saya agak lewat datang semasa upacara utama bermula, tapi ia tidak mematahkan semangat saya untuk merakamkan detik-detik lain.
Didalam tugasan @ kerja saya pada kali ini, banyak benda dan dugaan yang telah saya tempuhi yang boleh saya pantulkan sebagai pengajaran diri sendiri.
sebagai contoh:
1. Saya dimaklumkan bahawa waktu upacara bermula adalah pukul 10pagi, tetapi, secara tiba-tiba, upacara tersebut diawalkan pada pukul 9.30pagi,hahahah..dan saya datang pada pukul10.30pagi.........pengajaran : sebagai photographer@pekerja, tidak kira apa jua kerja kita, masa itu amat penting sekali...so, lain kali..jika dijanjikan waktu yang ditetapkan, seharusnya kita perlu hadir lebih awal daripada waktu yang dijanjikan..supaya tidak berlaku salah faham atau masalah nanti...kalau awal sampai dan tidak tahu buat apa, pandai-pandai laa anda semua SNAP persekitaran yang ada untuk dijadikan simbolik idea atau moment yang klasik...IF YOU GUYS KNOW WHAT I MEAN...
2. Saya adalah pemakai blackberry secondhand hand yang mempunyai aplikasi yang tidak berguna untuk dijadikan penunjuk arah lokasi (GPS)..jadi, saya meminjam handphone adik saya yang lebih canggih daripada saya untuk digunakan sebagai GPS..hahaha, the funniest thing is..I didn't know how to used the GPS thing..and I know, in the first place, saya boleh digelar orang batu kot..hahaha.. Sebenarnya, saya bertolak dari rumah dalam pukul 8pagi..dalam anggaran saya, pukul 9-9.30pagi saya akan sampai..tetapi, tolak tambah masa yang diambil (sesat + salah jalan = 10.30pagi) agak lama juga....pengajaran : lain kali, saya akan kaji terlebih dahulu lokasi tempat saya bekerja @ hadir supaya tidak sesat dan lambat datang, dan INSYAALLAH, saya akan beli handphone yang canggih untuk digunakan sebagai GPS..huhuhu..
okey laa..seronok membaca masalah saya, dan sudah tiba masanya saya mempamerkan gambar-gambar baby girl ...
(NURWAFA INSYIRAH BINTI AZIZI)
p/s = Anak itu anugerah tuhan...dan bayi ibarat kain putih yang akan dicorakkan oleh insan yang digelar IBUBAPA untuk membentuk satu karya yang terindah dalam kehidupan...Jadi, coraklah anak anda dengan warna-warna yang terindah bagi merangsang mereka mewarnai hidup anda dengan senyuman.... :)
promote sikit blog orang lain :
SAIFUL NANG
website referens photography for today :
KUDEGRAPHY